Roti Jala merupakan makanan kegemaran di Malaysia yang berasal dari Johor, juga terdapat di negara-negara ASEAN seperti Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau, dan Sumatera. Roti Jala terinspirasi daripada jala nelayan masyarakat di Sungai Johor. Warna Roti Jala yang berwarna kuning diilhamkan daripada jala yang dipakai oleh nelayan zaman dahulu yang berwarna kuning atau jingga. Roti Jala juga diberi nama sedemikian kerana cara pembuatan yang seolah-olah sedang menjala.
0 Comments